Tahun 2013 adalah tahun perpisahan pada aku..terlalu ramai kawan2 aku yang pulang berpindah ke Semenanjunh... Kami? Entah bilalah tu.. Arini pun dapat tahu sorang lagi jiran bakal berpindah rumah..walaupun sekadar di Labuan sahaja...
Bermula dengan perpindahan Raja, Pah suami isteri ke Terengganu.. Diikuti dengan Faie, Emma, dan family ke Perak... Pada bulan April... Bila tiba hari raya Aidilfitri plak... Keluarga anak 'sulung' aku.. Adam... Dilla n Najib pula berpindah ke Terengganu... Bertambah pilu rasa hati... Ingatkan takat tu sahaja... Tak berapa lama kemudian..sahabatku Isniza, Shahrul n family dan Fazlina, khairul sefamily juga kata nak pindah dan telah pun berpindah awal cuti sekolah penghujung tahun yang lalu.. TapiNa pindah brg lewat ckit... Tgh dec br Na kembali pindahkan brg2 ... Hohoho..ada lagi... Nurse ani bakal pindah ke johor... Husbandnya dapat transfer pulang negeri asal, Johor pada bulan Januari atau Februari nanti.... Nahhhh..tadi jiranku Mia bagitahu yang dia juga bakal berpindah rumah mungkin pertengahan bulan depan...
Apa boleh buat.. Penghijrahan itu satu pengorbanan.. Moga silaturrahim yang terjalin tidah putus di tengah jalan.., semoga semuanya mendapat kebaikan dr perpindahan atau penghijrahan ini...
Semoga 2014 mencorakkan warna2 indah utk kami sekeluarga...dan kita semua...
Pada 29 September 2013 ... Birthday Aisyah adik iparku... Aku kehilangan sesatunya uwan yang aku ada... Emak kepada abah aku.. Al Fatihah..moga uwan tenang di sana... 23 November 2013 adikku Zura melangsungkan pertunangannya dengan Idris atau panggilan manjanya boboi... Semoga mereka dipanjangkan jodoh, bahagia hingga ke hujung nyawa membawa ke syurga... Aku balik anak beranak jer pada 19-29 Nov tu... Abang tak dapat balik sama... Pengalaman baru untuk aku..handle anak naik kapal terbang... Sendiri tanpa abang... Alhamdulillah mereka tak buat perangai sangat... 30.11-3.12 pula kami ke KK sempena hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 tahun.. Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami sehingga ke hujung nyawa membawa ke syurga... Panjangkanlah umur kami untuk melihat anak2 membesar dan berada dilandasan Islam yang benar... Kau berkatilah keluarga kami ya Allah....
Selamat tahun baru semua....
No comments:
Post a Comment