31 July 2010
Hati
Aku cuba membuangkan segala perasaan itu..segala yang berkaitan dgn hati... ya, jauh di sudut hati ku...aku cukup terasa... terasa amat kecil sehingga tidak diperlukan.. tapi biarkanlah mereka.. jauh di sudut hati...biarlah aku sepi... mungkin sepi itu lebih indah... cukuplah jika pelengkap hidup ku ada di sisi... aku nak cerita panjang pun macam tak de mood..kata2 mmg lebih tajam dari mata pisau/pedangkan.. Moga Allah perkuatkan hatiku...
Aku nak upload gambar pun mcm tak de mood..tapi kalau tak upload.. sian family kat kg...:D.. semalam aku buat cake lagi..kali ni coklat kek..bakar punya... ingat nak gak bg jiran yang anaknya birthday semalam..tapi tulah..diorang plak takde..aku mkn sdr jerlah...
29 July 2010
Thank You My Dear
Seharian kami keluar... pagi abang ada meeting sekejap.. then ambik kami... Makan spegetti kat pizza hut n shopping..:D .. seronok jer rasa..balik rumah, Damia tidur keletihan.. tak sempatlah plak nak ambik gambar.. adik pun terberak2.. siap beli mami poko sbb stok dieper dalam beg abis..:D.. Malam aku masaklah.. takkan nak makan kat luar lagi kan.. :D
Ucapan aku untuk seorang sahabatku.. Jangan berhenti berharap ok.. aku doakan yang terbaik untuk ko ekk..
:: 29 Julai 2010... Damia genap setahun 6 bulan... kena anta cucuk ni...harap2 tak demamlah.. untuk Hariz Aiman... Selamat hari lahir yang kedua..:D ::
26 July 2010
Cheese Cake.
Adam Haikal sungguh suka makan kek.. :D
Resepi cheese cake ni aku dapat dari seorang kawan aku kat sini. Cikgu Ona. Terima Kasih Ona. Kemudian aku ajar cara buat ni pada adik aku zura. Kemudian sepupu2ku, adik aku Epol dan kawan2 lain berminat ingin mengetahuinya.. Telah kusebarkan resepi itu. Sepupuku yang juga seorang guru secara tak segaja dah biz cake ni atas permintaan kawan2nya. Begitu juga adik aku Epol n wife. Alhamdulillah, dapat jugalah diorang menambah rezeki. Aku?? Saper nak beli, meh aku jual.. hahaha.. Setakat ni aku sendiri tak pernah jual. aku buat untuk makan dan bagi kawan sikit2. Tapi ok juga kan kalau boleh dijadikan side income.. :D
Tadi kami telah ke rumah kawan, saja berkunjung dan ada juga kawan lain datang ke rumah kami. Aku seronok mereka menyukai cake itu. Berbunga hati kalau orang suka masakan kita kan. Aku puas hati.
Aku & Dia
24 July 2010
Damia
Tarikh Lahir : 29 Januari 2009
Qayyim
Tarikh Lahir : 7 April 2010 (on due date)
Masa : 1.48 pm
Berat : 3.04kg
Kaedah : (Normal-Induce)
Tempat : Hospital Tunku Ampuan Najihah
Location: Negeri Sembilan
Qayyim.. putera kesayanganku. Kini Qayyim rajin meniarap dan terlentang semula..terlentang tu jaranglah sebab dia akan menangis jer.. kalau lama sangat nangisnya, aku akan terlentangkan dia.. tapi syukur sangat, bagi aku Qayyim cepat buat kerja. sekarang adik dah 107 hari. Umurnya dalam 96-98 hari, dia dah mula meniarap. Doktor pun kurang percaya, tapi bila Dr tiarapkan dia, tengok kepala n lehernya tegap baru doktor percaya. Selain family n beberapa orang kawan, aku tak berani nak jawab kalau ada orang bertanya Adik/Qayyim dah pandai apa.. aku takut orang tak percaya n kata macam anak dia ajer yang cepat buat kerja.. Tapi Alhamdulillah, adik memang cepat buat kerja setakat ni.. dia cepat tegap leher/kepala, mengiring dan kini meniarap.. kakak dulu pun masa umur 4 bulan baru meniarap, lepas tu sekali tu jerlah..lama baru dia buat balik..
Aku bersyukur dikurniakan putera hatiku ini.. setakat ini mudah dijaga.. walaupun kadang2 aku rasa tak cukup masa nak buat itu ini tapi aku masih rasa selesa.. adik tak terlalu banyak karenah.. Janji susunya cukup.. :D.. "Adik, teruskan usaha adik ya... jangan berputus asa..".. kami semua sayang adik...
23 July 2010
Salam Cinta
Salam..
Ini adalah kali pertama aku menulis di blog ini. Sebelum ini aku hanya menggunakan blog yang disediakan di friendster.com. Sudah lama aku tidak menulis post yang menarik di situ. Hari ini aku mengambil keputusan untuk menulis di sini. Diari burukku, duniaku dan kisah hidupku.. akan ku hamparkan di sini.. adakah aku akan kekal menulis di sini?? Entahlah.. aku kurang pasti.. Tujuan aku menulis di sini adalah sekadar ingin mengabadikan memori hidupku, terutama untuk anak2 ku dan mereka yang berminat mengetahui perjalanan hidupku yang tak seberapa ini.. Akan aku perkenalkan insan-insan tersayang dalam hidupku satu persatu.
Akan aku abadikan kisah-kisah anakku di sini.. merekalah sinar hidupku bersama pasanganku.. kehadiran mereka sungguh bermakna.. setelah 4 tahun menunggu barulah kami dikurniakan seorang puteri yang comel dan diberi nama Nur Damia Aqeela. Kehadirannya sememangnya di nanti dengan sepenuh hati.. Sepenuh kasih dan sayang.
Selepas kehadiran Damia iaitu gelaran untuk puteriku.. kami tidak merancang kerana memikirkan berapa lama kami menunggu barulah hadirnya cahayamata. Tanpa diduga, kami di Anugerahkan pula seorang putera yang kami namakan Muhammad Qayyim Aqeel. Aku agak 'blur' ketika diberitahu aku mengandung kembali. Macam2 dalam fikiranku. "Kesian Damia kecik lagi, mampukah aku menjadi mama yang baik walaupun bukan yang terbaik, mampukah aku mengulangi detik-detik melahirkan, bersediakah aku"...semua persoalan itu muncul dalam fikiranku sehingga aku berpesan pada abang, jangan dikhabarkan kepada sesiapa dahulu walaupun kepada keluarga tersayang.. Akhirnya setelah kandunganku berusia 3 bulan.. di pagi raya itu kami khabarkan berita itu. Aku semakin Redha dengan harapan dikurniakan cahayamata lelaki. Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaanku..
Aku akan menulis lagi dikemudian hari dengan potret2 wajah kesayanganku.. Damia n Qayyim, mama dan papa sayangkan kamu berdua.. Muah3... :D