Nama Penuh : Nur Damia Aqeela Binti Mohamad Shaiful
Tarikh Lahir : 29 Januari 2009
Tarikh Lahir : 29 Januari 2009
Masa : 5.11pm
Berat : 2.9kg
Kaedah : (Normal-Induce)
Tempat : Hospital Besar Labuan
Location: Wilayah Persekutuan Labuan
Sekarang Damia dah setahun 5 bulan..kejap jer masa berlalu..rasanya baru jer lahir ke dunia ini... Alhamdulillah.. Allah anugerahkan dia kepada kami.. setelah 4 tahun menunggu kehadiran cahaya mata..macam2 jugalah usaha yang dibuat.. Terima kasih ya Allah di atas anugerah ini..
Damia belum pandai cakap n kurang nak ikut ejek cakap kita. Tapi dia faham arahan atau apa yang kita perkatakan padanya. Kalau nak mandi, setelah kutanggalkan bajunya, dia akan letak di dalam bakul baju kotor. Lepas mandi, boleh tolong buang diepernya sdr. Biasanya aku ikut dari belakang sbb takut licin n tergelincir pula dia. Kadang2 kalau nak tidur malam, papanya segaja suruh ambil diepers untuk ditukar. Dia akan ambil sendiri. Hahaha, Damia ni macam-macam dah perangainya. Kalau papanya dah bersiap pakai pakaian untuk jalan, mesti dia nak ikut. Mama tinggal tak per, janji dia dapat jalan terutama setelah beberapa hari terperap di rumah. Kalau papanya pakai uniform dia akan faham dan biasanya dia akan tolong tutup pintu. Kadang2 papa atau mama buka sliding door sbb panas, dia akan tutup. Suka sepahkan mainan, boleh di suruh kutip tapi dgn cara yang paling lembut dan sabar. Kalau ditegur kadang2 dia boleh kelip2kan matanya.. konon2 comellah tu. pernah juga dibuat aksi mulut seperti mahu cium.. Macam2 lagilah perangainya. Nanti akan ku updated selalu k.
No comments:
Post a Comment