26 July 2010

Cheese Cake.


2 hari berturut aku buat cheese cake.. semalam 2 biji aku buat.. untuk makan sendiri n agihkan untuk kawan-kawan. Hari ni buat lagi sbb rasa macam tak cukup dan aku memang ada terniat nak bagi kat seorang insan ni, dia mengandung. So, esok aku akan suruh abang bagi kat dia.

Adam Haikal sungguh suka makan kek.. :D


Resepi cheese cake ni aku dapat dari seorang kawan aku kat sini. Cikgu Ona. Terima Kasih Ona. Kemudian aku ajar cara buat ni pada adik aku zura. Kemudian sepupu2ku, adik aku Epol dan kawan2 lain berminat ingin mengetahuinya.. Telah kusebarkan resepi itu. Sepupuku yang juga seorang guru secara tak segaja dah biz cake ni atas permintaan kawan2nya. Begitu juga adik aku Epol n wife. Alhamdulillah, dapat jugalah diorang menambah rezeki. Aku?? Saper nak beli, meh aku jual.. hahaha.. Setakat ni aku sendiri tak pernah jual. aku buat untuk makan dan bagi kawan sikit2. Tapi ok juga kan kalau boleh dijadikan side income.. :D



Tadi kami telah ke rumah kawan, saja berkunjung dan ada juga kawan lain datang ke rumah kami. Aku seronok mereka menyukai cake itu. Berbunga hati kalau orang suka masakan kita kan. Aku puas hati.

2 comments:

  1. Fizza, boleh ajar saya tak?sy suka tp tak pandai nak buat....rajin2la update blog.sy suka blog hopping ni..tambah2 time medical leave camni

    ReplyDelete
  2. senang jer ummu shakir.. semudah 1,2,3.. nnt baca kat PM FB ya.. :D.. n tahniah ya sbb prgnt lagi...

    ReplyDelete