24 July 2010

Qayyim

Nama Penuh : Muhammad Qayyim Aqeel Bin Mohamad Shaiful
Tarikh Lahir : 7 April 2010 (on due date)
Masa : 1.48 pm
Berat : 3.04kg
Kaedah : (Normal-Induce)
Tempat : Hospital Tunku Ampuan Najihah
Location: Negeri Sembilan


Qayyim.. putera kesayanganku. Kini Qayyim rajin meniarap dan terlentang semula..terlentang tu jaranglah sebab dia akan menangis jer.. kalau lama sangat nangisnya, aku akan terlentangkan dia.. tapi syukur sangat, bagi aku Qayyim cepat buat kerja. sekarang adik dah 107 hari. Umurnya dalam 96-98 hari, dia dah mula meniarap. Doktor pun kurang percaya, tapi bila Dr tiarapkan dia, tengok kepala n lehernya tegap baru doktor percaya. Selain family n beberapa orang kawan, aku tak berani nak jawab kalau ada orang bertanya Adik/Qayyim dah pandai apa.. aku takut orang tak percaya n kata macam anak dia ajer yang cepat buat kerja.. Tapi Alhamdulillah, adik memang cepat buat kerja setakat ni.. dia cepat tegap leher/kepala, mengiring dan kini meniarap.. kakak dulu pun masa umur 4 bulan baru meniarap, lepas tu sekali tu jerlah..lama baru dia buat balik..



Aku bersyukur dikurniakan putera hatiku ini.. setakat ini mudah dijaga.. walaupun kadang2 aku rasa tak cukup masa nak buat itu ini tapi aku masih rasa selesa.. adik tak terlalu banyak karenah.. Janji susunya cukup.. :D.. "Adik, teruskan usaha adik ya... jangan berputus asa..".. kami semua sayang adik...










2 comments:

  1. congrate.. 4 thn tunggu, tapi skang dah dpt sepasang..

    ReplyDelete
  2. yup...Allah menguji pada yang mampu.. walaupun kadangkala kita rasa kita tak mampu..:D

    ReplyDelete