23 July 2010

Salam Cinta


Salam..



Ini adalah kali pertama aku menulis di blog ini. Sebelum ini aku hanya menggunakan blog yang disediakan di friendster.com. Sudah lama aku tidak menulis post yang menarik di situ. Hari ini aku mengambil keputusan untuk menulis di sini. Diari burukku, duniaku dan kisah hidupku.. akan ku hamparkan di sini.. adakah aku akan kekal menulis di sini?? Entahlah.. aku kurang pasti.. Tujuan aku menulis di sini adalah sekadar ingin mengabadikan memori hidupku, terutama untuk anak2 ku dan mereka yang berminat mengetahui perjalanan hidupku yang tak seberapa ini.. Akan aku perkenalkan insan-insan tersayang dalam hidupku satu persatu.



Akan aku abadikan kisah-kisah anakku di sini.. merekalah sinar hidupku bersama pasanganku.. kehadiran mereka sungguh bermakna.. setelah 4 tahun menunggu barulah kami dikurniakan seorang puteri yang comel dan diberi nama Nur Damia Aqeela. Kehadirannya sememangnya di nanti dengan sepenuh hati.. Sepenuh kasih dan sayang.



Selepas kehadiran Damia iaitu gelaran untuk puteriku.. kami tidak merancang kerana memikirkan berapa lama kami menunggu barulah hadirnya cahayamata. Tanpa diduga, kami di Anugerahkan pula seorang putera yang kami namakan Muhammad Qayyim Aqeel. Aku agak 'blur' ketika diberitahu aku mengandung kembali. Macam2 dalam fikiranku. "Kesian Damia kecik lagi, mampukah aku menjadi mama yang baik walaupun bukan yang terbaik, mampukah aku mengulangi detik-detik melahirkan, bersediakah aku"...semua persoalan itu muncul dalam fikiranku sehingga aku berpesan pada abang, jangan dikhabarkan kepada sesiapa dahulu walaupun kepada keluarga tersayang.. Akhirnya setelah kandunganku berusia 3 bulan.. di pagi raya itu kami khabarkan berita itu. Aku semakin Redha dengan harapan dikurniakan cahayamata lelaki. Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaanku..



Aku akan menulis lagi dikemudian hari dengan potret2 wajah kesayanganku.. Damia n Qayyim, mama dan papa sayangkan kamu berdua.. Muah3... :D




No comments:

Post a Comment