Aku & Dia .. :D ..
Aku dan abanglah tu. Kami rakan sekolah menengah disebuah daerah di Negeri Sembilan. Macam formal gila aku nak tulis camtu kan.. Aku seorang yang sempoi. Yelah, aku bukan Insan sempurna. Abang adalah sebahagian daripada kesempurnaanku dan anak-anak pelengkapnya. Tak payahlah rasanya aku menulis panjang kisah percintaan kami sehingga hari ini... masih bercinta lagi.. :D .. lepas sekolah menengah, kami ni berjauhan.. buat kata orang PJJ (percintaan jarak jauh).. kalau dah jodoh, tak ke mana kan.. Dulu aku belajar di utara, abang belajar di KL n Pantai Timur. Then aku kerja di Selangor, abang kerja di sini, Labuan.
Bila dah lama bercinta, kami mengambil keputusan untuk berkahwin dan Alhamdulillah, tiada halangan daripada kedua-dua keluarga. Kami bernikah pada penghujung tahun 2004... 3 Disember.. tapi lama juga kami tidak dikurniakan zuriat... adalah jugak berusaha ke arah itu.. tapi kami tidaklah sampai tertekan. Aku bersyukur sangat sebab suamiku bukanlah yang beranggapan, sebuah keluarga yang terbina itu mesti/wajib mempunyai anak untuk menjamin kebahagiaan. Kebahagiaan terbentuk dari sikap kita sendiri. Kalau kita berusaha ke arah itu, Insya Allah kita akan sentiasa rasa bahagia. Itu membuatkan aku sedikit lega. Pada abang itu semua kuasa Allah. Kita usaha mana yang patut. Lagi pun doktor mengesahkan kami dua2 sihat, cuma belum rezeki. Orang sekeliling kami pun jenis yang memahami.
Alhamdulillah.. abang ada rezeki lebih, abang tukar kereta yang agak selesa sedikit.. kami berpindah ke rumah sendiri.. Kami juga menjaga/mengasuh anak kawan.. kami memang ingin menjaganya.. kami melayannya seperti anak sendiri.. Adam Haikal.. Aku terasa terisi jugalah hidupku... Syukur tak terhingga, akhirnya aku disahkan mengandung setelah lebih kurang 3 tahun setengah mendirikan rumahtangga.. Januari 2009 kami dikurniakan Damia.. usia perkahwinan kami pada masa tu 4 tahun.. Kuasa Allah.. Kami bersyukur sangat...
Aku tak kata perkahwinan kami cukup sempurna..normallah kalau merajuk, marah, tak puas hati dalam rumahtangga..asam garam kehidupan rumah tanggalah katakan..:D .. tapi aku bersyukur sangat mendapat suami bernama Mohamad Shaiful Ujang.. Kasih sayangnya cukup membahagiankan aku dan anak2.. Terima kasih abang.. hehehe.. tak boleh puji lebih2, nanti bertambah kembang suamiku itu... oppppsss, sorry...
No comments:
Post a Comment